Tuesday, 29 September 2015

Deliver Part ii : kos

Assalam & syukur kehadrat ilahi..diberi nikmat bernafas sehingga kini.


Kali ini sambung cerita dari part i, selepas masuk ward semula dari labour room, ai tak boleh lelap mata sampai malam, padahal nurse dah pesan lepas ini tidur ye..rehatkan badan..agaknya mmg jenis ai, siang mmg tak tidur..bayi dihntr ke nursery, time nk nyusu ai tekan bell minta nurse dtg htr bilik..


Bilik mmg ok sgt kat sini, dapat bilik single , katil patient dan sofa baring 1, toilet dlm bilik,aircond, tv,wardrobe, ikutkan mmg selesa la xshare dgn patient lain, xperlu nk bertudung spjg masa..
nurse pon baik2, kebetulan ai mmg mabuk darah, jadi ada 3 kali pengsan bila tgk darah, nurse yang tolong bersihkan darah semua, mujurla mmg private hospital , layanan mmg first class, muka dengan senyuman, syukur sgt Allah bagi rezeki bersalin disini..


part bf pulak ai xde pengalaman, susu xkeluar, so terpaksa pam angin, kolestrom yang keluar, dptla mula2 sesudu kemudian 1 oz, mujurla ada prepare pum siap2 kat hsptl, mesra bf juga hosptl ini..jika mommy request full bf, nurse akan pasang tagging pada baby cover/besen ..xtahu nama..: ) ai stay 3 hari 2 mlam, doc mashita minta stay coz dia nk monitor, ai pengsan byk kali..saya mabuk darah je doc,malu rasa nk ngaku..


kos bersalin dalam rm4K++, termasuk bilik tu dalam rm180 smlm, food rm25 per day, kos ubatan, kos epidural rm500++, kos on call doc rm1k, kos visit extra doc, kos nursery jaga baby, kos farmasi.. mandikan dan feeding..tapi semua tu pakai GL husband..free 80%, baki 20% by deduction gaji 20 bulan..rezeki dari Allah swt..


insyAllah, dalam planning next baby bersalin kat sini juga, memandangkan dah ada pengalaman, harap dipermudahkan segala urusan..ai bukan xsuka bersalin kt govenmnt..tapi dah ada jalan / peluang yang diberikan, jadi grab je la..mungkin lain org lain citarasa..kita ambil yang mudah2 je..
Sekian..







Monday, 7 September 2015

Experience Deliver 1 st baby @ Azzahrah Bangi part 1

Alhamdulilah syukur kepada Mu kerana memberikan Anugerah bernafas ini..
Kali ini ceritanya perihal pengalaman bersalin anak pertama.Actually x fresh pon moment ini sb my little khalif dah 2 tahun lebih umur, throwback 2 years ago la kira, ni pon mujur ingat2 lupa.


Alkisahnya.ikutkan due pada 10 ogos 2013, syawal ke 3, jadi pada tahun 2013, kami mmg plan xbalik kampong untuk raya aidilfitri. so beraya di rumah mertua kak ngah, terpaksa la kami makan juadah soto, lodeh, tiada nasi kerabu :(
jadi, pada raya ke 2, petang nya cadangnya pergi ke rumah terbuka Putrajaya, tapi xjadi, hanya round2 area dataran sahaja.husband paksa bersenam jalan2 , kalo ikutkan xlarat, tapi mcm jauhnya mcm 2 km..sakit betul pada bahagian serviks, tahan sebab katanya mudahkan untuk bersalin. layan shajala.


Jadi, ptg tu balik rumah, makmertua beraya dari kuala sg.Baru datang.pada maghrib tu dah ada spot bleeding masa nk buang air kencing, tapi xde rasa contraction pon lagi, so xambik serius la.Esoknya, terjaga tido dalam pukul 5 pagi, nk buang air, kemudian spot bleeding lg banyak, mata mengantuk punya kepalang, perut ada rasa mengeras kadang, mild, masih boleh tahan, adeh baru nak baring balik , tetibe punya 'tus' air ketuban pecah..waa xjadi nak tido..
kejut husband, dia ajak la pegi azzahrah, mak abah bangun sekali bersiap, ai pon xbersiap mana pon, tukar baju n gosok gg, mandi pon x..mengantuk la..


sampai Azzahrah dalam kul 6 lebih, gelap lagi, nurse baru je buka lampu kt level 1.tu pon bawak kete slow2 je,ai ok je dalam kete, semua lalok ngantuk.layan mata.
baring n check CTG, contraction dalam 20 minit sekali, check dilate baru 2.5 cm.so bidan tu bajet dalam kul 12 tghri bersalin, then checkin masuk ward dalm kul 7.30 am single room, lupa namanya..pakai GL suami, free.husband bawak mak abah balik mandi n breakfast, ai bosan dalam bilik sorang2 , jalan2 mundar mandir, baca paper, layan wasap lagi..kul .8.30 a.m breakfast dtg, mihun goreng 1/2 pinggan, ai makan je , takut xde energy nanti, dalam 9.30 a.mnurse dtg check bukaan, dilate 4-5 cm, so dia bagi ubat untuk buang najis, ai ok je , xsampai 1 minit, perut memulas terus ke toilet, mcm berkesan sgt lawasnya.
nurse datang balik nak bawa ke labour room, ai ckp la husband xde, balik, dia ckp xper la , xpayah nk tunggu, nnati dia inform, ai sempat wasap husband, ckp dah masuk labour room.


so kat labour room, dia pasangkan water drip juga, xselesanya cucuk2 ni, Tanya la nurse why perlu drip, dia just ckp topup air ketuban yang dh kluar,redha je la, pasang ctg, sambil tgk monitor level contraction, level 20% pon ai rasa sakit, berair mata tahan sakit. :P.
siap ckp kat mak, adui sakit rupanya nk bersalin ni..mak siap bg ceramah lagi lepas tu..tett..
sabar jela.
pastu ai request ubat tahan sakit,epidural, nurse ckp dia inject pethidine je la, doc bius dr hosp Colombia asia, otw dalam 1/2 jam, adeh lamanya nk tunggu, lalok rasa mata, tapi sakitnya jd mild2. doc bius smpai inject epi, siap ckp minta maaf sb kena buka aurat kt belakang, doc lelaki.doc tu siap seloroh pasni, awak akan senyum je..mmg betul, ai senyum je lepas tu.org pon hairan agaknya minah ni nak bersalin tapi senyum je.haha.
pastu dalam kul 11, nurse check V, 10 cm, doc mashita dah standay, actually dia masih on leave.sabar jela baby xikut jadual cuti doc..susah juga nk teran sebab ai rasa xsakit, cuma rasa perut mengeras kerap. ai masih blur, waktu bila nak kena teran, pandai2 otak sendiri agak2.
amik epi, rasa nk meneran jadi hilang! serius.
dah teran banyak kali Nampak rambut bby je, doc ckp bby saiz besar, actually setiap kali checkup doc ckp gitu..:P so dah lebih stgh jam teran bby xnak kluar, siap masuk balik, mama yg xpandai. doc ckp nk sy bantu x, ai laju2 ckp nak. sekali dia pakai forcep daa, besar la juga nampk senduk masak kat dapur tu.haha, redha jela, mujur xsakit, sb ada epidural, elok  je bunyi plop, baby keluar siap pakej menangis sambil kencing..haha..ai dgr doc bg salam, elok je nurse bersihkan bby, abahnya azankan..syahdu je rasa..doc keluarkan uri sambil tekan2 perut..pastu jahit kat perineum, ai pon xperasaan masa bila dia gunting..erk..dalam 20 minit selesai, ditolak ke ward, ai siap2 borak2 masa jahit tu..rasa xstress..maybe sb epidural lah..


baby yang dimaksudkan itu baby irsyad yang temban, dgn berat 3.67 kg, patutla teran2 xkluar, semangat.. rupanya sebiji macam abahnya..ok penat daa taip..nnti sambung part ii, untuk kos dan ward. babai